assalamualaikum..and hye.. ^_^ !
dah hampir seminggu cuti..dah mcm2 berita aku dengar dan aku dapat..rasa mcm tak sanggup nak dengar dah... persahabatan terlalu berarga untuk aku...tapi sekarang satu demi satu sahabat aku akan pergi... ahhh sedihnya..rasa nak kembali ke zaman sekolah menengah dulu... zaman yang naif...zaman yang tak perlu nk sesak kan diri dengan pelbagai pilihan yang sukar untuk dipilih...zaman yang slalu enjoy walaupun banyak masalah... zaman yang tak pernah peduli dengan sesuatu yang akan datang... tapi........ semua tu dah berlalu... langit tetap berubah warna dari terang ke gelap dari gelap kembali ke terang ! waktu tetap berputar dan tak kan pernah berhenti... jam tetap akan berdetik tik tik...tak kan pernah diam ! sedih kerana zaman tu dah berlalu dengan pelbagai kenangan yang tersimpan...semua nya terlalu berharga untuk dilepaskan... dah tak mampu nak menegur kawan dengan bertepuk bahu... bergelak ketawa dengan jarak yang dekat...hanya mampu berhubung dengan jarak yang jauh...hanya telefon yang menjadi penghubung hanya internet yang menjadi penyambung... rindu untuk duduk semeja bersama... belajar bersama tanpa tekanan yang maha hebat..tapi...aku tahu semua itu sukar untuk kembali..kita semua sudah makin dewasa..harus mampu membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri... harus berkeyakinan yang tinggi untuk meyerlah...harus berani dalam setiap cabaran...harus bijak dalam menangani masalah...harus menjadi dewasa dalam setiap apa yang kita ingin lakukan... ya jadi dewasa... jadi dewasa sebelum usia..kerana cabaran dunia yang maha hebat ini ! mampu ke aku ? "aku harus mampu... aku perlu berusaha untuk mampu melakukan yang terbaik untuk masa depan..."di usia yang terlalu muda aku perlu fikir tentang masa depan !ahhh terlalu berat sebenarnya bila aku harus membuat keputusan untuk masa depan..terlalu keliru dengan apa yang aku cuba putuskan... slalu terfikir fikir adakah ini yang terbaik ? aku perlu buang semua spekulasi yang menganggu fikiranku... aku memilih untuk berada disini..maknanya DISINI la aku akan melakar sesuatu yang terbaik untuk diri aku dan keluarga aku...aku juga berharap sahabat ku semua dapat melakukan yang terbaik untuk diri mereka sendiri...walaupun perkenalan kita baru bermula tapi percaya la ia akan kekal selama...semoga kita semua akan berjumpa lagi satu hari nanti..dan semoga kita kekal menjadi sahabat hingga ke syurga Allah.. Will Miss You All Friend.... ^_^
P/S : to ALL my friends yang mengenali diri ini... sayang kamu semua...

No comments:
Post a Comment
sudi-sudi la tinggal kan comment..satu pown jadi la..hee [TQ][peace]